Tapi selain kegembiraan dan kecantikan bandar-bandar kat negara lain yang sering ditonjolkan oleh rakan-rakan anda yang kaki travel tu, penah tak tanya depa apa yang tak best nya kat tempat yang korg pegi tu?? Haaa..yang itu lah Nenek nak share skrg ni apa yang BEST dan TAK BEST, tapi setakat tempat-tempat yang nenek dah berpeluang pergi jelah..hihi
ABU DHABI, UAE
BEST
1) Seni Bina menarik dan futuristik
Siling di Arrival Hall Abu Dhabi Airport
Sheikh Zayed Grand Mosque
Tak tau bangunan apa macam jelly
Jalan di tengah kota Abu Dhabi
Tak tau bangunan apa macam telur dinosour
2) Tiada erti burger saiz normal seperti di Malaysia kerana semua burger di Abu Dhabi adalah dalam saiz besar (kenyang sampai malam)
Salah satu contoh yang kami makan, selain itu, McD juga menghidangkan burger besar tidak seperti di Malaysia
3) Masdar City yang sangat hi-Tech
Teksi tanpa pemandu dan tanpa bayaran ke Universiti
Hanya dikawal melalui skrin sentuh untuk memulakan perjalanan
Sampai ke Masdar Institute setelah menaiki teksi Hi-Tech
4) Ferrari World juga terletak di Abu Dhabi (Ala-ala Theme park la tu) tapi bayaran mahal gilos so kami tak pergi (byebye saja)
5) Tak lupa juga Pramugari2 yang cun melecunss (attraction utk kaum lelaki sahaja)
Pramugari Etihad Airways
TAK BEST
1) Greeting yang kurang bersopan dan agak dingin dari pihak Kastam, pakgad dan sebagainya di permulaan perjalanan untuk masuk ke Abu Dhabi
2) Jalan dia semua jalan besar, susah nak lintas, sana sini kena naik jambatan
Entri seterusnya akan memaparkan negara lain pulak..nantikan
bersambung....