Cucu Cicit Setia

Aug 19, 2014

Hidup Perantau Part I

Bila bercakap pasal hobi dan interest, macam poyo je kalau nak cakap "I love travelling!" sebabnya siapa dalam dunia ni yang tak suka travel? ace jawab? Cumanya ada kemampuan, kesempatan, dan tenaga je yang nak diambil kira. Kemampuan tu of course lah yang menjadi faktor terbesar dia dari segi kewangan lah kan. Alhamdulillah bagi yang berpeluang travel sana sini, at least dapat share apa yang ada kat negara lain yang tak jumpa di Malaysia, ye dok?

Tapi selain kegembiraan dan kecantikan bandar-bandar kat negara lain yang sering ditonjolkan oleh rakan-rakan anda yang kaki travel tu, penah tak tanya depa apa yang tak best nya kat tempat yang korg pegi tu?? Haaa..yang itu lah Nenek nak share skrg ni apa yang BEST dan TAK BEST, tapi setakat tempat-tempat yang nenek dah berpeluang pergi jelah..hihi

ABU DHABI, UAE

BEST
1) Seni Bina menarik dan futuristik

Siling di Arrival Hall Abu Dhabi Airport


 Sheikh Zayed Grand Mosque

 Tak tau bangunan apa macam jelly

 Jalan di tengah kota Abu Dhabi

Tak tau bangunan apa macam telur dinosour

2) Tiada erti burger saiz normal seperti di Malaysia kerana semua burger di Abu Dhabi adalah dalam saiz besar (kenyang sampai malam)


 Salah satu contoh yang kami makan, selain itu, McD juga menghidangkan burger besar tidak seperti di Malaysia

3) Masdar City yang sangat hi-Tech

Teksi tanpa pemandu dan tanpa bayaran ke Universiti
 Hanya dikawal melalui skrin sentuh untuk memulakan perjalanan

 Sampai ke Masdar Institute setelah menaiki teksi Hi-Tech





4) Ferrari World juga terletak di Abu Dhabi (Ala-ala Theme park la tu) tapi bayaran mahal gilos so kami tak pergi (byebye saja)


5) Tak lupa juga Pramugari2 yang cun melecunss (attraction utk kaum lelaki sahaja)


Pramugari Etihad Airways


TAK BEST
1) Greeting yang kurang bersopan dan agak dingin dari pihak Kastam, pakgad dan sebagainya di permulaan perjalanan untuk masuk ke Abu Dhabi

2) Jalan dia semua jalan besar, susah nak lintas, sana sini kena naik jambatan


Entri seterusnya akan memaparkan negara lain pulak..nantikan
bersambung....

Aug 14, 2014

Nenek Sesat di Perantauan

Seperti yang semua tak sedia maklum, Nenek sebenarnya lama menyepi sebab sesat nak cari jalan masuk rumah tak jumpa. Ghopenya dah bertahun-tahun baru ler jumpa jalan masuk ke rumah sendiri ni, adoiiilaaaaa...

Maap ler ye kepada yang rajin komen dan tak jemu-jemu view belog nenek yang bersawang berhabuk bagai ni. Kalau komer nak update pasal Nenek jangan ler segan silu untuk follow Instagram Nenek atas username senora_safira atau click jer sini. Terima kasih banyak-banyak ler ye kepada sapa yang sudi follow tu, atau yang nk terus berkawan dengan Nenek, Nenek terima dengan hati terbuka. Maklumlah kata orang-orang tua, berkawan biar beribu, jadiknya kawan lah sebanyak mana yang boleh selagi kita masih hidup supaya hidup Nenek dan kamu semua tidak kesunyian In-sha-Allah.

Nenek tadahkan lah sedikit cebisan gambar hasil nukilan Nenek sendiri untuk follower setia Nenek...


 Bila Nek Piah bershopping di Glo-be...


Marilah pulang nak buat cucur, mudah saja tambah air, lalalalala.......



Sneak peak untuk sedutan post akan datang.....tungguu....