Protected by Copyscape Duplicate Content Detection Software

Cucu Cicit Setia

May 8, 2011

Rutin Tahunan Rakyat Malaysia

Tatkala menjelang Hari Ibu neh, ramai la org yg buat post berkenaan hari Ibu untuk menunjukkan kasih sayang mereka terhadap Ibu2 mereka. Ada yang muatkan dalam belog, ada yang buat status kat fb, ada yang upload gamba moments bersama ibu mereka, ada jugak yang buat video youtube khas untuk ibu mereka (*macam MatLuthfi.tapi yang tu tahun lepas.heheh)

dan jugak seorang kawan nenek neh namanye Fatimah Raihan
(die upload kt FB video so tak dpt nk tag kt sini)
Check Dis Out!! (sangat best!)

Nenek pulak buat apa??
Haha. Memang soalan menguji nenek betol lah...aishhh..komer tak taw.nenek buat lebih dari tu taw. Walaupun komer sume tak nampok dengan mata kasar, tapi nenek ade jer bagi sumbangan kat ibu nenek yang tercinta cuma~ malas lah nk show off kat ampa suma (*ayat nk cover diri) HAHA ;D

Takda la weh...nenek tolong ja ibu nenek memasak tadi, tolong basuh ayam, tolong makan makanan yang ibu masak, tolong merapu kat ibu, tolong buat bising kat rumah dgn nyanyian yang mcm itik pulang petang...banyak kan? hehehe

Tapi kan..tak semestinya kita nak tunjukkan sayang kita pada ibu kita tu, kita perlu buat status atau post atau upload video yang berkenaan dgn ibu kita. Macam mana pun cara kita, yang penting, kita kena bg ibu kita merasai bahawa anak2 beliau amat menyanyangi beliau dan rasa diri beliau dihargai. Kadang2 nenek ade jugak puji2 ibu nenek, dgn cara tu boleh jugak buat beliau rasa dihargai dan disayangi. Contoh, nenek puji masakan ibu sedap dan tiada tandingan nya, nenek puji ibu sangat3 rajin, puji ibu tetap nampak muda dan slim walaupun usia dah meningkat..heheee...yang pastinya, kita tau semua tu sampai kat hati ibu kita.ade sesetangah orang malu nak wish kat mak dia then dia cuma post kata2 ucapan selamat hari ibu tu kat Fb atau mana2 la laman sosial, tapi padahal ibu dia tak baca pun benda tu. Apa motif dia kan? 

Nenek~ Cerita lah lagi Nek~
Ampa ada cita-cita tak? Mestilah ada kan? Nenek pun ada taw cita-cita (*walaupun dh agak tua nk bercita2) hee... Nenek ada bercita2 bila nenek dah kaya nnt dgn hasil usaha nenek dan kerjaya nenek pada masa akan datang, nenek nak bagi kesenangan dekat ibu nenek. Kesenangan tu termasuklah nak belikan rumah yang cantik,luas,dan ada pemandangan yang cantik contoh mcm tepi pantai ke. Lepas tu ada jugak cita2 nenek dimana nenek nak bukak perniagaan berasaskan makanan dari resepi ibu nenek. Sekarang ni, makanan tu ibu nenek jual frozen kat kawan2 beliau, memang laku lah sampai tak menang tangan nak buat sebab ibu buat sorang je. Nanti suatu hari, nenek nak amek betul2 resepi tu, luaskan bisnes, dan buat brand atas nama ibu nenek.heheheee..besor dak cita-cita nenek? mesti ada yang ckp "nenek neh kuat berangan lah" (*tapi tak kesah lah)heheh...

Yang pastinya, nenek betul2 kagum dengan skil masakan yang ada pada seorang chef teragung kat dunia ni iaitu Ibu Nenek yang pandai memasak segala jenis masakan yang sangat lazat dan juga pelbagai jenis kuih yang teramat lah lazat juga. Berbillion-billion Kagum!

SELAMAT HARI IBU, IBU!
SAYANG IBU!!

No comments: